Best giler… Itu yg ley aku gambarkan honeymoon kali ini.

G Krabi tak guna duit yang banyak pun. Tapi kena pandai cari hotel dan masa yang sesuai nak ke sana. Masa kitorg g, waktu promosi. Kiranya tak ramai nak g masa tu. Tapi bila dah sampai kat sana, penuh giler flight Air Asia kami. Kat Krabi pun ramai dengan org Malaysia. Cuma masing buat2 tatau je sesama kami.

Selain dpt lihat kehindahan alam yang cantik dan mempersonakan, kami berkenalan dengan 1 pasangan dari Malaysia, Ahmad dan Shina. Ahmad org Singapura, pekerjaannya adalah guru. Shina pula suri rumah sepenuh masa yang berasal dari London. Hujung tahun ni, Ahmad akan pindah ke Landon tuk tinggal bersama2 dengan Shina. Mereka telah lama berkahwin. Mereka bercuti berdua sahaja di Krabi ni. Anak2 mereka ditinggalkan di Johor di rumah saudara mereka. Aku dan Illis ingatkan mereka ni org arab, sebenarnya tidak. Banyak benda kami lalui bersama2 dari turun flight sehingga ke KL Sentral tuk menuju pulang ke rumah masing2.

Kami tinggal di Aonang Paradise selama 4 hari 3 malam. Disebabkan ada promosi waktu itu, kami cuma bayar tuk 3 hari 2 malam.

Hari Pertama

Dengan hanya 1000 baht (RM90+) per person, kami dapat bersiar ke 4 tempat yang menarik. Trip ini bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Letih tapi seronok giler. Naik hitam kami. Kulit terbakar.. Aku dah la hitam, makinla kehitaman aku ni.. Sian kat Illis, tanganya teruk terbakar. Sekali tgok mcm pakai sarung kain je kat tangan tu.. huhuhu..

Photobucket - Video and Image Hosting
Bergambar dulu sebelum mandi.. Lupa lak nama pulau ni..
Photobucket - Video and Image Hosting
Inilah Ahmad dan Husna.
Best giler berkenalan dengan mereka ni..

Photobucket - Video and Image Hosting
Walaupun pulau2 di Malaysia juga cantik, tapi kami memilih ke Krabi kerana merebut peluang yang ada pastinya sukar diterima selepas ni. Kerana masing2 sibuk dengan tugas. Kat Malaysia, bila2 pun boleh pergi. Tapi kalau org nak bg, kami terima dengan tangan terbuka. Hehehe
Photobucket - Video and Image Hosting
Bestnya mandi di pantai ni..
Photobucket - Video and Image Hosting
Chak!!
Photobucket - Video and Image Hosting
Alamak! Tercabut pulak..
Photobucket - Video and Image Hosting
Ramai pelancong datang ke sini utk aktiviti rock climbing..
Photobucket - Video and Image Hosting
Waktu ni nak buat aktiviti snorkeling.. tetapi..
Photobucket - Video and Image Hosting
Sekali.. Ada tornado tu.. Apa lagi.. Cabuttt… Nasib baik kitaorg naik speed boat..
Photobucket - Video and Image Hosting
Close up tornado tu.. Gerun siut.. Yg naik tongkang tadi mcmana la ek..

gambar2 lain akan menyusul..